Tuesday, April 20, 2010

cinta saja~

-->HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.

-->JATUH CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang terkena tempiasnya.

-->APABILA pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang kekasih.

-->CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.

-->CINTA itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.

-->SEKIRANYA kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

-->CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.

-->ORANG yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu pemandunya, pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik.

-->ALANGKAH bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa.

-->CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.
Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…
PENGISIAN JIWA~
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……
Everything that has happened to you in your life-the good and the difficult-was necessary to help you become the person you are now:::what you value in lyfe increases in value::: "You can close your eyes to things you don't want to see, but you can't close your heart to the things you don't want to feel...
Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci
YA ALLAH..
rindu nya aku pd org tua ku..
apa yg terjadi dlm idup aku ari nie...
aku terasa driku begitu hina di mata mu YA ALLAH...
Mak..
aku da penat dgn kehidupan ni..
ABAH...
aku da penat dgn ujian nie...
aku lemah...aku lemah sekali..
bila mak abah xder di sisi aku saat aku memerlukan mak abah..
kdg2 rasa mcm xder erti idup nie...tnpa mak ngan abah..
aku buntu..aku xdpt nk luahkan sgla nye di sini..
tp hnya butiran mutiara putih saja yg aku dpt lunturkan...
ya Allah....berikan la aku khidupan yg baik di dunia dan di akhirat...

Jatuh

Jatuh..
Mungkinkah aku sememangnya ditulis untuk menjadi orang yg jatuh? Sesiapa tolong jawab untuk hati yang sedang luluh ini..jatuh dan jatuh lagi..sungguh perit..Aku xmahu terus jatuh!!Allah,Kau ada segala jawapan..Kau ada jawapan untuk 'kejatuhan' ini..aku akan membaca lagi kalam2MU mencari butir mutiara penyejuk kalbu orang yg jatuh seperti aku..Dan aku merasa salju yang dingin ketika membaca butir mutiara AdDhuha..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Demi waktu dhuha
Dan demi malam apabila telah sunyi,
Tuhanmu tidak meninggalkanmu dan tidak pula membencimu,
Dan sungguh yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan,
dan sungguh kelak Tuhanmu akan memberikan kurnianya kepdamu,
sehingga engkau menjadi puas,
Bukankah Dia mendapati kamu sebagai seorang yatim,
lalu Dia melindungimu,
DAn Dia mendapati kamu sebagai seorang yg bingung,
lalu Dia memberi petunjuk.
Dan Dia mendapatimu seorang yg kekurangan,
lalu Dia memberi kecukupan,
Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang2nya,
Dan terhadap nikmat Tuhanmu,hendaklah engkau bersyukur.

Allah aku berlari dalam dakapan kasih sayangMu. Aku ingin terus bersimpuh di bawah redhaMu. Allah, aku ingin segera sujud padaMu. menghambur segala tangis yg bersarang, melempar segala belenggu yg melemaskan. Allah, terimalah hamba yg kerdil dengan usahanya yg kecil. Dalam sujud yang panjang ini, aku yakin bahawa Engkau mendengar segala isi hati, mengerti dan simpati. Allah, Engkau tidak pernah tinggalkan aku walau sejuta kali pun ku jatuh.Dan aku tidak boleh lupa, BAHAWA AKU YANG MEMINTA UJIAN SUPAYA DOSA KU TERHAPUS!! Lalu mengapa ku goyah tatkala Engkau memakbulkan doaku? Sungguh ENgkaulah Yang Maha Mengetahui...